LAWATAN KE BANDAR SINGA (SINGAPORE)
Sejak bulan Februari 2025 lagi kami sudah merancang untuk melawat salah satu spot pelancungan yang hebat iaitu Universal Studios Singapore yang terletak di wilayah Sentosa. Ada juga terfikir tentang nilai matawangnya yang tinggi iaitu 1 Dollar Singapore bersamaan dengan RM3.50 . Tapi itu tidak menhadi halangan untuk kami meneruskannya. Satu lagi tempat yang menjadi pilihan ialah Taman Burung di Bandai yang dulunya disebut sebagai Jurung Bird Park.
di Lapangan Terbang Changi, Singapore
Di sini, Farzanah sengaja nak tinjau-tinjau sneakers 'Onitsuka Tiger' tapi yang paling murah pun menjangkau SD 250, dah bersamaan dengan RM800. Tak apalah, pendamkan saja di dalam hati. Sebanyak itu boleh beli tiga pasang sneakers Nike atau Adidas di Malaysia.
Dari keluhan hati ini, dapatlah kita rumuskan bahawa Singapore bukanlah tempat untuk dilawati kalau tidak kerana Universal Studios yang cuma ada di Los Angeles dan Tokyo atau Bandai Bird Park yang luasnya 41 ekar! Tapi terpaksalah berbelanja RM700 untuk tiga orang untuk masuk ke Universal Studios!
dekat pintu masuk Universal Studios
(ini bukan AI, ini betul-betul)
Comments
Post a Comment